Pages

Monday 30 January 2012

Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..



assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

alhamdulillah..akhirnya Allah memberi ana keizinan-Nya utk mewujudkan blog

ini...ha...sbg permulaannya...ana mulakan penulisan ana dgn kalimah 

agung.."Bismillahirrahmanirrahim..". Satu kalimah yg biasa kita gunakan, 

namun tersingkap 1001 rahsia di sebalik kalimah yg 'simple' ini. Kalimah ini 

mengandungi 19 huruf...dan dipetik daripada kalamullah. Kalau kita tgk balik 

hadis Rasulullah SAW..
Baginda menyatakan setiap satu huruf dlm Al-Quran 

mengandungi 10 pahala kebajikan..ini bermakna klu kita baca basmalah skali 

sahaja kita dh dpt 190 pahala kebajikan..subhanaAllah!!..Itu baru baca sekali, 

cuba kita renung kembali berapa banyak basmalah yg kita baca dalam solat 

fardhu kita? Susah sgt ker nak cari pahala?..Namun ganjaran bukanlah menjadi 

keutamaan kita..yg pentingnyer, apa saje perbuatan yg kita lakukan...tak ada 

apa pun yg kita harapkan melainkan redha Allah...secara ringkasnya, redha 

Allah bermaksud kita mengharapkan supaya Allah terima 

amalan kita yg mana dengan amalan itu insyaAllah dpt menyelamatkan kita di 

akhirat kelak.

Ana tertarik utk menulis berkenaan basmalah ini setelah tersentuh dgn kuliah 

zohor di tv al-hijrah yg disampaikan oleh seorang syeikh arab yg sampai skrg 

tak tahu nama beliau...tp mmg best lar.Dalam huraian kuliahnya, beliau begitu 

kagum dgn kalimah basmalah..kerana setiap perbuatan yg dimulakan dengan 

membaca basmalah, Allah akan lindung drpd sebarang kejahatan..tp ada 

syaratnya!!!..Innamal a'malu binniat...bergantung kpd niat dan sejauh mana 

kita letak Allah dalam hati kita. Ada org selalu baca basmalah sblm 

memulakan sesuatu pekerjaan tp..mcm tak de apa2 pun...nape ek?..ha..tepuk 

dada, tanya iman. Rasulullah SAW sendiri amat gemar mengucapkan basmalah 

sehinggakan sewaktu baginda mengimami solat, baginda sering mengulang 

bacaan basmalah sehingga tujuh kali kemudian baru menyambung kembali 

dengan membaca surah lain. Lihat kan? betapa gemarnya Rasulullah membaca 

basmalah..baiklah..insyaAllah..stakat itu sahaja utk post pertama ini. 

Diharapkan sahabat2 dapat mendoakan perjuangan ana yg baru nak bermula..

"daripada Allah kita pergi dan kepada Allah jua kita akan kembali"..sekiranya 

terdapat sebarang kesilapan dalam post ni, tolong tegur ek..secepat yg 

mungkin..al-maklum lah baru setahun jagung..

wallahua'alam..:)         

No comments:

Post a Comment