Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua tetamu dalam ruangan ini.. Semoga penjagaan Allah sentiasa memayungi kita di mana jua kita berada...
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad serta ahli keluarga dan sahabat Baginda.
Bismillahirrahmanirrahim...
Setiap makhluk yg diciptakan Allah di atas muka bumi ini mempunyai perjalanan hidup yg berbeza-beza..
Ada yg dilahirkan dalam keluarga yg kaya, sederhana dan miskin
Ada yg dilahirkan dalam keluarga yg kuat beragama, dan ada yg lebih kurang je
Ada yg dilahirkan dalam keluarga kafir, dan ada yg mcm kita... dalam keluarga yg semulajadi menganuti agama Islam..
Semua tu Allah dah susun dan tetapkan dari lauh mahfuz lagi.. Satu tempat yg Allah dah catatkan semua yg akan kita lalui semasa di dunia dan di akhirat..
Kita tinggal di mana, siapa ibu bapa kita, darah kita jenis apa.. semua tu kita memang tak boleh pilih..
Cuma.. ada satu benda je yg Allah bagi kita tentukan sendiri... iaitu.. cara hidup kita... sama ada cara hidup Islam ataupun sebaliknya..
Tidak kiralah kita dilahirkan di dalam situasi, tempat atau keadaan mcm mna sekalipun, semua itu tidak boleh menjadi sebab dan alasan mengapa kita tidak boleh memasukkan diri di dalam redha Allah subhanahu wa taala ..