Pages

Sunday 13 May 2012

Jalan Allah Ada Di Mana- Mana

Telah semakin dekat kepada manusia perhitungan amal-amal mereka, sedangkan mereka tetap lalai dengan kehidupan dunia, dan mengabaikan hari akhirat...

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua tetamu dalam ruangan ini.. Semoga penjagaan Allah sentiasa memayungi kita di mana jua kita berada...

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad serta ahli keluarga dan sahabat Baginda.




Bismillahirrahmanirrahim...

Setiap makhluk yg diciptakan Allah di atas muka bumi ini mempunyai perjalanan hidup yg berbeza-beza..

Ada yg dilahirkan dalam keluarga yg kaya, sederhana dan miskin

Ada yg dilahirkan dalam keluarga yg kuat beragama, dan ada yg lebih kurang je

Ada yg dilahirkan dalam keluarga kafir, dan ada yg mcm kita... dalam keluarga yg semulajadi  menganuti agama Islam..

Semua tu Allah dah susun dan tetapkan dari lauh mahfuz lagi.. Satu tempat yg Allah dah catatkan semua yg akan kita lalui semasa di dunia dan di akhirat..

Kita tinggal di mana, siapa ibu bapa kita, darah kita jenis apa.. semua tu kita memang tak boleh pilih..

Cuma.. ada satu benda je yg Allah bagi kita tentukan sendiri... iaitu.. cara hidup kita... sama ada cara hidup Islam ataupun sebaliknya..

Tidak kiralah kita dilahirkan di dalam situasi, tempat atau keadaan mcm mna sekalipun, semua itu tidak boleh menjadi sebab dan alasan mengapa kita tidak boleh memasukkan diri di dalam redha Allah subhanahu wa taala ..


Sebab itu, kita tak boleh sama sekali salahkan takdir bila ada je benda buruk yg berlaku pada kita..

sebab apa??  sebab.. semua jalan yg Allah pilih untuk kita tu.. semuanya adalah jalan untuk kita lebih dekat dengan Allah.. Rapat dengan rahmatNya.. Kasih dengan redhaNya..

Walaupun kita dah berusaha untuk memilih jalan yg terbaik untuk diri kita, kemudian kita terpesong, maka jalan yg terpesong itulah yg terbaik untuk kita sebenarnya.. sbb tu, kita jangan cepat putus asa kalau hidup kita ni selalu dipenuhi dgn benda yg kita tak nak, yg kita tak suka...

Dunia ini adalah tempat persinggahan.. Tempat untuk kita terus berjalan dan berjalan sehingga sampai ke destinansi sebenar untuk kita tuju..

Kita tak nak mcm mna pun.. tempat tu wajib menjadi tempat yg terakhir untuk kita berhenti berjalan..

Kita nak teruskan perjalanan pun dah tak boleh. sebab.. tmpat tu adlah kesudahan segala2nya..

Di situlah tempat penyesalan.. dan situlah juga tmpat kebahagiaan..

Yakni tmpat yg kita tidak akan dpt menghindarkan diri drpdanya.. - Hari Akhirat -

Jadi.. dalam perjalanan menuju hari itu.. kita mesti berusaha dan jgn berhenti menjadikan jalan itu adalah jln yg paling bermakna di alam kenidupan ini.. supaya kita tidak akan menjadi salah seorang yg akan merayu pada Allah supaya dikembalikan semula kehidupan dunia kita..

Masa tidak menunggu kita untuk mencapai redha Allah.. Merasai cintaNya..Jadi.. jom sama2 kita tingkatkan iman dan amal agar semua natjahnya aka dpt kita rasai di hari esok..

Samada untuk meraikan  iman kita di syurga atau menyesali  amalan kita di neraka.. Nauzubillah..

Jalan Allah tu ada kat mana2.. jalan tu buruk mcm mne sekalipun.. maka di situlah ada jalan Allah,, jalan yg lurus lagi bermakna untuk kita lalui..

Firman Allah dalam surah al-Anbiya ayat 35...   "Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan. Dan kamu akan dikembalikan kepada kami"

Siapa kata jalan kebaikan tu semua baik untuk kita?? Sebenarnya, bukan jalan kebaikan tu baik untuk kita, tetapi jalan yg terbaik untuk kita itu adalah jalan yg Allah pilih...

Allah nak dekat dengan hamba2Nya ni dari segenap sudut.. larilah jauh mana pun,, Allah tetap ada untuk kita.. kita tolak macam mana pun, Allah tetap nak dekat dengan kita..

Yakin dan percayalah... seburuk2 mana atau sebaik2 mana jalan yg kita lalui sekarang.. di segenap ruang  jalan itu pasti ada jalan Allah!!

Allah takkan tetapkan sesuatu yg menyusahkan hamba2Nya melainkan dikehendaki untuknya kebaikan...

Semoga kita semua dapat menjalani kehidupan ini dengan mencari erti hidup di atas landasan Islam yg sempurna lagi mulia!!

Di mana2 pun.. sejauh mana pun.. sekabur mana pun.. jalan itu... nescaya.. di situlah adanya jalan Allah...!!

Bersama- samalah kita mengingati diri sendiri dan org lain dgn kebenaran dan kesabaran.. Sesungguhnya ana ni hanya seorang hamba yg lemah dan mendambakan dorongan drpd sahabat2 seaqidah yg lain..


Nescaya Allah ada di mana2 sahaja.. Bersedia untuk hamba2Nya... Allahuakbar!!

No comments:

Post a Comment