Pages

Sunday 13 May 2012

Jalan Allah Ada Di Mana- Mana

Telah semakin dekat kepada manusia perhitungan amal-amal mereka, sedangkan mereka tetap lalai dengan kehidupan dunia, dan mengabaikan hari akhirat...

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua tetamu dalam ruangan ini.. Semoga penjagaan Allah sentiasa memayungi kita di mana jua kita berada...

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad serta ahli keluarga dan sahabat Baginda.




Bismillahirrahmanirrahim...

Setiap makhluk yg diciptakan Allah di atas muka bumi ini mempunyai perjalanan hidup yg berbeza-beza..

Ada yg dilahirkan dalam keluarga yg kaya, sederhana dan miskin

Ada yg dilahirkan dalam keluarga yg kuat beragama, dan ada yg lebih kurang je

Ada yg dilahirkan dalam keluarga kafir, dan ada yg mcm kita... dalam keluarga yg semulajadi  menganuti agama Islam..

Semua tu Allah dah susun dan tetapkan dari lauh mahfuz lagi.. Satu tempat yg Allah dah catatkan semua yg akan kita lalui semasa di dunia dan di akhirat..

Kita tinggal di mana, siapa ibu bapa kita, darah kita jenis apa.. semua tu kita memang tak boleh pilih..

Cuma.. ada satu benda je yg Allah bagi kita tentukan sendiri... iaitu.. cara hidup kita... sama ada cara hidup Islam ataupun sebaliknya..

Tidak kiralah kita dilahirkan di dalam situasi, tempat atau keadaan mcm mna sekalipun, semua itu tidak boleh menjadi sebab dan alasan mengapa kita tidak boleh memasukkan diri di dalam redha Allah subhanahu wa taala ..

Saturday 12 May 2012

Kenali Rasulullah 2: Quraisy Mencabar Rasulullah S.A.W



Rasulullah S.A.W  giat berdakwah kepada kaumnya siang dan malam tanpa rehat. Sehinggalah tiba suatu masa, Quraisy mengajak baginda berbahas tentang agama.


Mereka berkata, “Wahai Muhammad, kamu mengaku kamu rasul, tunjukkanlah kepada kami mukjizat kamu seperti nabi-nabi sebelum kamu supaya kami boleh beriman kepadamu.”
Muhammad berkata, “Aku diutuskan dengan al-Quran”.

Ketika itu, Walid, orang yang paling fasih di kalangan mereka berasa kagum dan sudah mengakui bahawa al-Quran adalah mukjizat setelah tertarik dengan keindahan bahasanya.

Quraisy berkata  lagi, “Kami mahu kamu keluarkan mata air di Mekah ini. Biar kami senang mendapat air dan Mekah menjadi hijau dan subur”.

Muhammad membalas, “Itu kuasa Allah. Kalau Allah mahu, Allah boleh lakukan”.

Mereka berkata lagi, “Sekiranya kamu mahu kami, hidupkan kembali ayah-ayah kami dan datuk-datuk kami yang telah mati, hidupkan kembali Qusai bin Kilab, baru kami akan beriman kepadamu”.

Muhammad berkata, “Allah yang berhak menghidupkan orang yang telah mati”.

Mereka meneruskan lagi hujah mereka, “ Wahai Muhammad, bagaimana kami mahu mengikut kamu sedangkan kamu miskin. Mintalah supaya Tuhanmu menjadikan kamu kaya barulah kami akan mengikut ajaranmu”.

Tuesday 10 April 2012

10 Formula untuk Istiqomah Dalam Beramal


Sebagai manusia biasa, pastinya kita mempunyai masalah untuk beristiqomah dalam amalan seharian serta dalam menetapkan matlamat kita. Bagi seorang pelajar, pastinya mengalami masalah matlamat yang ‘hangat-hangat tahi ayam’. Di sini ada beberapa formula yang telah dirangka oleh Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah untuk dikongsi bersama :

1.       Jaga ibadat dan banyak berdoa

-          Masukkan hajat/matlamat dalam doa harian
-          Ibadat sebaik mungkin setiap masa

2.       Iklankan kepada diri perubahan yang ingin dibuat

-          Tulis di atas kertas matlamat yang ingin dicapai dan letakkan di tempat yang mudah dilihat
-          Sentiasa ingat apa yang dihajati

3.       Beritahu orang yang paling rapat

-          Beritahu keluarga atau sahabat terdekat tentang matlamat tersebut supaya kita akan berasa malu jika gagal mencapai matlamat tersebut.
-          Dalam erti kata lain, orang yang mendengar impian kita itu akan mendoakan kejayaan kita.

Saturday 7 April 2012

Tikar Hidayah




Menyusup suara azan itu

Membuatkan diri tersentak

Tersedar dari khayalan fana     
  
Sedetik ku tercari siapa diriku sebenar

Sebuah jasad bernyawa, kosong atau berisi?

Yang terpandu oleh segumpal darah