Pages

Saturday 25 February 2012

Kenali Rasulullah : Kisah ayahanda Rasulullah


Rasulullah S.A.W. pernah menyebut, “Aku ini anak kepada dua orang yang hendak disembelih”.
Yang pertama Ismail dan yang kedua Abdullah ayah baginda. Disebabkan semuanya berlaku atas izin Allah, kedua-duanya diselamatkan oleh Allah daripada menemui ajal.


Alhamdulillah, kali ini dengan thread terbaru, ana ingin mengisahkan ayahanda Nabi Muhammad, Abdullah bin Abdul Muttalib yang hampir disembelih oleh Abdul Muttalib.  Kisah ini bermula apabila Abdul Muttalib menerima perintah dari Allah untuk menggali telaga Zamzam. Semasa menggali, orang Quraisy berusaha untuk menghalang usahanya. Namun, anaknya, Harith telah membantu mempertahankan ayahandanya. Selepas Quraisy mengakui bahawa Zamzam itu kepunyaan mereka, Abdul Muttalib bernazar sekiranya Tuhan mengurniakan 10 orang anak lelaki kepadanya, nescaya dia akan mengorbankan salah seorang daripada mereka. Tidak berapa lama kemudian, Allah mengabulkan doanya. Dia mendapat 10 orang anak lelaki dan anak yang terakhir adalah Abdullah, anak kesayangan Abdul Muttalib.

Suatu hari, Abdul  Muttalib bertawaf di Kaabah sambil diikuti oleh 10 orang anak lelakinya. Akhirnya, sampai masa untuk Abdul Muttalib menunaikan nazarnya tetapi sebelum itu, beliau mengambil keputusan untuk bertemu dengan kahin, seorang pendeta Kaabah untuk membuat undian bagi menentukan siapa antara anaknya yang bakal disembelih. Terdetik di dalam hati Abdul Muttalib yang berharap agar undian tersebut  tidak terkena pada Abdullah. Malangnya, undian tersebut telah terkena pada Abdullah. Dengan hati yang berat dan hiba, Abdul Muttalib nekad untuk melaksanakan nazarnya.

Sewaktu Abdullah hendak disembelih, berlaku kekecohan antara Abdul Muttalib dengan orang Quraisy yang telah mencederakan kepala Abdullah. Akhirnya, Quraisy memujuk Abdul Muttalib supaya tidak menyembelih anaknya kerana takut perbuatan Abdul Muttalib itu menjadi ikutan masyarakat pada masa itu oleh kerana Abdul Muttalib merupakan ketua Makkah pada masa itu. Tetapi beliau telah bernazar dan beliau mesti menunaikannya. Akhirnya, beliau merujuk kepada pendeta suku Saad. Pendeta tersebut mencadangkan supaya mengadakan undian antara Abdullah dan 10 ekor unta yang dijadikan sebagai ganti rugi kepada anaknya. Ini bermaksud, Abdul Muttalib akan membuat undian sehingga lah undian tersebut terkena pada unta. Setelah berkali-kali membuat undian dan bilangan unta telah mencapai seratus ekor, baru lah undian terkena pada unta. Bagi mendapatkan kepastian, undian tersebut diulang sebanyak 3 kali dan ketiga2nya memang kena pada unta. Akhirnya, Abdul Muttalib menyembelih kesemua 100 ekor unta sebagai ganti kepada anak kesayangannya, Abdullah.

Demikianlah kisah bapa kepada seorang insan yang paling agung dan mulia, Nabi Muhammad S.A.W...semoga menerusi kisah ini kita sama-sama dapat memperoleh pengajaran yang berguna dalam hidup kita serta mendapat redha Ilahi dalam usaha memohon syafaat Rasulullah suatu masa nanti..wallahua’alam.. 

1 comment:

  1. tiada daya kuasa untuk manusia membinasakan kita melainkan ianya ditakdirkan Allah jua...

    ReplyDelete