Pages

Saturday 11 February 2012

Kita Adalah Hamba

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

Salam sejahtera kepada para pembaca sekalian. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad sallallahu alaihi wassallam.

Pertama-tama dan selama-lamanya.. syukur ke hadrat Allah Ta’ala kerana dengan Maha MengasihaniNya kita dapat lagi menyambung kehidupan yg akan berakhir tak lama lagi..



Firman Allah di dalam surah Al-Rum, ayat ke 30..
       
         Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama Islam, sesuai dgn fitrah Allah disebabkan Dia menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada ciptaan Allah. Itulah agama  yg lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui…”


Kita diciptakan  untuk mengabdikan diri kpd yg menciptakan kita, Allah subhanahu wa taala.. dan..maha mengetahui Allah yg mengatur dan memberi kita panduan untuk hidup di dunia yg fana ini.. Dia telah menciptakan kita dgn fitrah Islam. Tidak kiralah dri golongan apa seklipun seseorang dilahirkan, semuanya tertakluk di dlm kekuasaan Allah Robbul A’lamin..

Dan.... Allah berfirmn, dlm ayat di atas "kebnyakan drpd manusia tidak mengetahui.." di sini Dia tak kta kebnyakan org beriman tidak mengetahui.. tetapi “manusia tidak mengetahui”.. di sini terbukti bhawa bukan shja org yg bukan Islam shj yg jahil.. tetapi org yg menganut agama Islam itu sendiri..

Orang Islam juga jahil dan gagal utk menjalani kehidupan sebagai seorang HAMBA..  ini adalh kerana kejahilan diri sendiri dan kurang berusaha untuk berubah  walaupun sudah ada ilmu tentang agama islam yg sebenar..

Saudara..  ana ingin mengajak kita semua kembali merenung matlamat diri sendiri sementara masih diberi peluang untuk melihat matahari ketika memulakan hari… mari kita menghiasi kehidupan dgn  fitrah kita iaitu islam .. Islam mengajar penganutnya bagaimana untuk menjalani kehidupan sehari-hari..

Ana tahu.. mmg susah nak berubah jadi baik kan.. atau pada kata lain mmg susah nak jadi hamba yg btul2 konsisten dan istiqomah dlm melaksanakn suruhan Islam dan meninggalkan segala yg dilarang.
"susahnya nak buat apa yg Islam suruh ni!!" tu tak bleh, ni tak boleh...

Adakah saudara tahu kenapa?? Kesusahan itulah adalah nilai syurga sebenarnya.. Allah ingin membalas pengorbanan kita demi keredhaanya  dgn anugerah penghuni syurga yg diidamkan oleh setiap manusia..

org kafir pun percaya, ada kehidupan yg lain selepas mati..mereka juga mengharapkan kehidupan yg diberi oleh ‘tuhan’ mereka lebih baik di dunia selps mereka mati.. 

Tapi kita orang Islam, kita lain.. kepercayaan kita ini adalah percaya yg benar, yg suci, satu-satunya kepercayaan yg diredhai Tuhan Sekalian Alam….kan kita sudah ada al-quran dan sunnah??

Jadi, marilah kita berpatah balik kpd fitrah kita yg sebenar…kita diciptakan untuk mencari Tuhan kita dan kebenaran agama kita… agama yg lengkap lagi selamat, dgn menjadi hamba yg betul2 ikhlas terhadap Allah subhanahu wa taala..

jom, sama-sama kita tingkatkan kualiti Islam dan Iman kita... insya-allah selangkah kita rapat kepadaNya, seribu langkah Dia merapati kita..
Jalan untuk mencari Allah itu sgt payah, tetapi tak setanding dgn nikmat yg Dia berikan pada kita, hambaNya.....

ingat saudara..sesungguhnya kita tak pernah sedar yg Allah sgt2 mencintai dan sedang menunggu kita mencintai Dia...dgn menjadi seorang hamba!!!

Setakat itu sahaja untuk kali ini.. Insya Allah akan bersambung lagi… jika mentari hari esok masih ada untuk diri ini – hamba yg hina..

wassalam wa illalliqo'.......

No comments:

Post a Comment