Pages

Tuesday 14 February 2012

madu atau racun?


Madu atau racun?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Syukur pada Allah kerana masih memberikan nikmat kesihatan kpd kita untuk meneruskan hidup sbg hamba Allah dan ummat Nabi Muhammad SAW..

Allah SWT berfirman dalam surah al-baqarah:216, "..boleh jadi kamu membenci kpd sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kpd sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah yg mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya".


Sebagai manusia biasa, kita tidak pernah terlepas daripada ujian Allah sama ada ujian kesenangan mahupun ujian kesusahan. Apa yang pasti semua ujian ketetapan Allah itu ada hikmahnya.

 Di sini ana ingin berkongsi sebuah kisah yang menjadi realiti kehidupan kita pada masa ini. Pada suatu hari seorang anak mengadu kepada ibunya. " Ibu, adik tak sihat. Tolong lar..badan adik panas ni", kata si anak. Ibunya lantas mengambil keputusan untuk membawa anaknya ke klinik berdekatan.Setibanya di klinik, si ibu dan si anak ini terus meluru ke ruangan doktor lantaran klinik tersebut yang sunyi tanpa kunjungan pesakit yang lainnya. Di dalam ruangan doktor, si anak telah disahkan mengalami demam. Doktor mencadangkan agar anak tersebut mengambil suntikan antibiotik bagi membantu meningkatkan sistem imunisasi badannya. Setelah diberi suntikan, si anak menangis teresak-esak kerana tidak tahan dengan sakit akibat suntikan itu. Keluar sahaja daripada ruangan doktor, si anak lantas meluru ke arah ibunya dan berkata, “Ibu jahat! Ibu biar doktor cucuk adik! Adik tak suka! Sakit!”. Diam si ibu sambil tersenyum...sabar...

Jika diamati kisah diatas, adakah si ibu benar-benar jahat? Adakah si ibu mempunyai niat yang tidak baik terhadap anaknya?. Semestinya tidak. Lalu, mengapa si ibu sanggup membiarkan si anak menanggung kesakitan? Ya, si ibu menginginkan anaknya untuk sembuh. Begitulah juga realiti hidup kita.

Allah menduga manusia dengan pelbagai ujian sehinggakan ada manusia yg hampir berputus asa seraya mengambil keputusan untuk menamatkan hayatnya. Adakah itu tindakan sewajarnya? Adakah Allah sengaja membiarkan hambaNya menderita?..Tidak sama sekali! Allah memberi kita kesakitan sama ada dari segi mental, emosi atau fizikal semata-mata untuk mentarbiyah hambaNya atau dalam erti kata lain, Allah ingin memberikan suatu nikmat setelah kesempitan yang kita alami berakhir.

Oleh sebab itulah, Allah telah memberitahu kita di dalam kalamNya yang mulia,
“Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar”(Al-Baqarah: 153).

Berbekalkan secebis kesabaran, kita mampu menghadapi semua dugaan dengan tenang tapi ingat!! Semua itu datang daripada Allah. Allah yang memberi ujian, Allah jua yang akan menghilangkannya. Jadi, janganlah segan meminta pertolongan kepada Allah dengan rendah hati. Bersyukurlah kepada Allah setiap kali kita dilanda dugaan kerana itu menandakan bahawa Allah ingat pada hambaNya jua rindu untuk mendengar rintihan hambaNya. Ingatlah sahabat, kesakitan itu adalah sebahagian daripada kebahagiaan kita. Bersabarlah!

Wallahua’alam..

No comments:

Post a Comment