Pages

Sunday 26 February 2012

Terima Kasih krn sudi menjadi pendorong imanku



Bismillahirrahmanirrahim...

firman Allah dalam surah Toha ayat 31-35 yg berbunyi:
Teguhkanlah kekuatanku dgn adanya dia, dan jadikanlah dia teman dalam urusanku, agar kami banyak bertasbih kpdMu,dan banyak memngingatiMu, sesungguhnya Engkau Maha Melihat keadaan kami... 


 Hari tu hari sabtu. Tidak hairanlah jika keadaan di dwn mkn pada hari itu lebih riuh dari pasar malam. Ada yg sdg merungut krn org di hadapan mengambil makanan terlalu lambat kerana asyik memilih ayam yg berkenan di hati, ada yg menanti org di meja mkn utk bangun lantaran meja yg lain sudah penuh..
Al-makulmlah pada hari itu, semua pelajar ke dewan makan pada satu waktu yg sama. Jika pada hari sekolah, kesesakan bolehlah jugak  dikurangkan kerana  pelajar keluar dari kelas pada waktu pulang  adalah berlainan.. tapi kdg2.. pelajar juga perlu lama menunggu krn makcik dwn mkn lambat mnyediakan makanan untuk kami..

“Hish…lambatnye mak cik ni, dah tahu org lapar, cptla ckit!! Bukannye kite tak bayar!!. Sekolah kluster konon!!” rungutku.
“Aiman, sabarlah.. keadaan rezeki kita pada hari ini dah ditetapkan mcm ni..” kata Ammar yg beratur di belakangku.
“tapi, kan kita dah lama sampai!! tengok tu, suka hati je nak potong!!”, bentakku lagi.
“ya la..tapi, kalau kita dtg awal mcm mne pun, tapi rezeki kita tu dtg lambat, kita tak leh buat apa pun, kan kita dah usaha dtg awal tadi..sabarlah ye…”dia terus menenangkan hatiku.
Seketika, nafsuku tersedar.. astaghfirullah..apa yg aku ckp ni… lekasku ucapkan terima kasih padaNya.

 Alhamdulillah, Dia masih memberiku rezeki pada hari ini. Betullah, Allah yg tetapkan rezeki pada setiap makhluknya hatta seekor semut pun sudah ditentukan rezekinya…
 “hai, adik-beradik kembar ni dah dapat makan” sapa Nasuha, ketua aspura sekolahku.
Aku dan Ammar mmg dikenali sebagai adik-beradik di sekolah. Maklumlah, aku suka memanggilnya dgn gelaran ‘abg’. Sebabnye, tarikh lahir kami sama,  5 januari 1993…

 Cuma , dia dilahirkan awal drpd aku, dia lahir pukul 8.00 pagi, aku pula  pkul 10.00 pagi.. antara kwn2 yg lain, kamilah yg paling tua. Meskipun begitu, perangai aku sgt kbudak-budakan manakala Ammar matured mcm org dah kahwin, hehe..
“ye..jomlah makan sekali”, sambut kami bersama.
Kami makan tengah hari pada hari itu lebih kurang pukul 1 tengah hari. Rasanya.. aku, ammar dan nasuha adalah dlm kalangan org yg terakhir yg mengambil makanan, tapi aku tetap berpuas hati krn Allah masih ingin memberiku makan setelah apa yg kurungutkan tadi. Syukur tak terhingga. Ku pandang Ammar sambil tersenyum. “terima kasih sahabat” monolog hatiku..
………………………………………………………………………………………………………………………………
Pagi itu aku dan Ammar bertugas di pintu pagar aspura untuk mencatat nama2 pelajar yg lambat. Setelah jam menghampiri jam 7.15 pagi, kelihatan seorang pelajar tingkatan 3 terkocoh-kocoh berlari ke arah  kami berdua.
“Azam, knp lambat hari ni?? Ni mesti bangun lambat kan, tu la, org suruh tido pkul 12, dia tido pkul 3 pagi!! Ni lah akibatnya.. nasib baik ni kali pertama enta lambat, kalau tak, abisla enta kena dgn cikgu sabri.” sergah Ammar tanpa menyoal terlebih dahulu.
“errr, abg2, maafkan saya ya, lain kali saya tak buat lagi, terima ksih atas nasihat. Tapi saya bukan lambat sebab tu, saya tolong kawan buat tugas buang sampah tadi” tergagap-gagap  Azam menjawab setelah dimarahi sebegitu.
“eh, takpe Azam, lagipun ni pertama kali.. pergilah beratur kat perhimpunan tu cpt, nanti cikgu marah pulak” kataku bagi meredakan keadaan.
Sebagai seorang ketua exco disiplin, Ammar memang terkenal dgn sikap tegasnya. Tapi kdg2, dia suka menuduh tampa menyoal siasat terlebih dahulu. Mungkin sebab dia mmg sudah ‘masak’ dgn karenah2 pelajar di sini yg menyebabkan dia jadi begitu.
 Setelah habis bertugas , aku dan Ammar masuk ke kelas bersama-sama. Kebetulan, pagi tu guru subjek Bio tidak masuk ke kelas kerana ada urusan yg perlu diselesaikan.
“Abang..” panggil aku lembut
“hish, gelila panggil mcm tu, ckp biasa2 dah la..ha, apa dia?”
‘Hehe …Tadi knp abg tuduh Azam mcm tu.. mungkin dia ada sebab lain ke.. mana kita tahu. Lain kali, abg tanyala dulu, terasa dorang sbb abg tuduh mcm tu je…’
“Ye.. tapi ana tau dah budak2 ni mcm mne, byk sgt alasan, nnti kalau kita berlembut, naik kplalah budak2 tu,”
“Ana tau.. tapi kita kan kena bersangka baik dgn org… tak kiralah seburuk mana pun budak tu, kita tak boleh anggap bruk2, tu yg menyebabkan dorang susah nak jadi baik…”
Perbualan itu  berakhir dgn muhasabah diri kami masing2, mmg sjak jadi ajk ni, kami mmg tidak disukai  oleh murid2 lain. Mungkin cara kami mangajak org melakukan kebaikan pun tak betul..
…………………………………………………………………………………………………………………
‘assalamualaikum Aiman, Ammar mana? Hari ni bukan dia betugas dgn enta ke??,’ satu suara menyapaku dari arah belakang. Penolong ketua aspura rupanya. Selalunya dialah yg akan meronda utk memastikan semua ajk bertugas tepat pada masanya.
“wassalam, oh Zikry,  hmm, ammar ade urusan lain rasanye, nnti dia dtgla tu…,’ jawabku.
Aku pun pelik kenapa Ammar dtg lewat utk bertugas pada hari itu… selalunye dialah yg paling awal dtg sebelum aku di tempat kami bertugas. Kemudian, kelihatan Ammar sdang berlari-lari anak ke arahku dan Zikry.
‘ asif kwn2, ana tertinggal barang penting tadi, bru ana teringat yg ana kena hantar brg Cikgu Zati ke dewan kemarin. Alhamdulillah ana igt pagi ni. Tu yg kalut ckit tu..”
“eh, x pe2, sian enta sampai berpeluh mcm ni, ana pergi ronda tempat lain dulu ye…’kata Zikry sambil berlalu pergi.
“nah, ambik tisu ni, lap peluh tu dulu..” kataku sambil memberi sekeping tisu kepadanya.
“oh, terima kasih ye dik.. hehe…’ katanya sambil tersengih mcm kerang busuk.
‘ana rasa ni lah pengajaran yg Allah nak bagi kat ana pasal ape yg enta ckp  kemarin…ana dah paham, insya-Allah…betapa pentingnya bersangka baik dlm kehidupan seorang muslim trhadap saudaranya yg lain…buruknya sikap prasangka buruk tu sampai ukhuwah pun boleh rosak kan??

 Aiman..terima kasih krn slalu mengingatkan hamba yg lemah ini.. tak tau mcm mne nak ucap syukur kat Allah yg menyebabkan ana ada adik ana yg satu ni..hehe”
‘alhamdulillah, sama2 lah kita perbaiki diri untuk Islam ea..enta…. terima ksih juga krn sudi menjadi pendamping ana yg membuatkan ana kuat sampai hari ini..’ sambutku gembira.
Di bilik, aku tersenyum sendiri. Hari tu, kmi mendapat sebuah pengajaran yg bermakna.. sambil itu, aku melihat lembaran kertas yg ku letakkan di dlm frame di atas meja bilikku- pemberian Ammar 3 tahun dahulu…ya, kata2 yg dia tulis tu amat bermakna sekali dlm hidup ni…
katanya....
Di saat gersang jiwaku,
Kau sirami muhasabh
Di saat tandus amalku,
Kau suburkan qudwah
Di saat gugur semangatku,
Kau bajai quwwah..

……………………………………………………………………………………………………………………………………….

Aku bahagia skrg. Mendapat seorang sahabat yg btul2 soleh bukan senang. Ada yg dpt bertahun2, ada jugak yg dpt dalam masa seminggu je. Bila dah ada seseorang yg boleh membimbing kita sama2 meraih redhaNya, hidup ni rasa selamat sgt.

 Mendapat seorang sahabat yg boleh dipercayai, rasa seronok apabila bersamanya, bila kita mengingatinya..bertambahlah syukur kita kpd siapa yg menganugrahkan kpd kita.

 Sahabat yg soleh bukan shja menjadi teman suka dan duka.. mlah dialah akan menjadi pendorong iman kita….
Doa Seorang Sahabat
Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dgn hatiku
Titipkanla kebhagiaan
Ya Allah, ku mohon apa yg tlh kau takdirkan
Ku harap dia adalah yg terbaik untukku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanmu
Ya Tuhanku, yg Maha pemurah
Beri  kekuatan jua harapan
Membina diri yg lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa
Ku pasrah kpdaMu kurniakanlah aku
Sahabat yg beriman bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahagia
Kembara cinta yg Engkau redhai….
Ya allah…..


Sahabat2 pembaca sekalian.. sahabat ialah teman perjuangan.
Dia jugalah pendorong taqwa kita.
Menegur ketika kita tersalah, mengingatkan ketika kita terlupa..
Dialah teman, dialah sahabat..
Sahabat bukan sahaja di dunia, malah di akhirat sana…
Hargailah kehadiran sahabat di sisi kita selagi dia masih ada..

satu hari Ammar pernah katakn kepadaku...klau kita nak bersahabat..kita mesti..
Lupakan kebaikan kita padanya
Dan ingat kesalahan kita padanya..
Lupakan kejahatan dia pada kita
Dan ingat kebaikan dia pada kita…
Sahabat adalah antara org terpenting dlm hidup kita, tanpa sahabat, kita tiada dorongan dan penguat smgt..
Kpd sahabat seperjuangan ana…,

Aku menghargaimu sahabat semata-mata kerana redha pencipta kita

Hargailah sebuah persahabatan kerana kita hanya akan tahu bernialinya seorang sahabat setelah dia tiada di sisi kita lagi…
Jom kawan2.. kita warnai ukhuwah kita ini dgn kemanisan iman yg diddorong oleh shbt2 yg soleh!!
Sehingga bertemu lagi  di penulisan akan datang, Insya-Allah…
Akhir kalam, terima kasih krn sudi menjadi pendorong iman diri yg hina lagi lemah ini…



No comments:

Post a Comment