Pages

Thursday 1 March 2012

NiaT LaH dgn JelaS

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Pertama-tama dan selama-lamanya syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi dgn selawat dan

salam ke atas Nabi Muhammad sallallahu alaihi wassallam...





Adakah Islam ini hanya  di dlm pagar masjid sahaja??
  Suatu petang.. sahabatku bertanya pendapatku tentang course apa yg hndk diambil slps

keluar result SPM nnti...

"Enta, enta rasa ana sesuai ambik bidang sains ke islamik?"

"Enta ambik dua-dualah," jawabku berseloroh.

"Ana nak satu je....."


Ya, kadang2, kita pernah terfikir jugak kan.. nnti aku nak ambik bidang ape ye utk

sambung bljar??... dan kita pun akan tanya pendapat kwn2 tntang kecenderungan kita.

Ermm.. pendapat ana.. tak kirala bidang apa pun yg kita ambik.. betulkan niat dulu.

Niat ambik bidang sains dan bidang agama untuk apa sebenarnya??

"Aku nak ambik stam pstu nak sambung bljr mesir sbb tawaran dia sng dpt"

"Aku nak bljr kat Korea utk kenal budaya dan bljr bahasa dorang"

"Aku nak masuk KISAS sbb katanya bljr kat situ biah islamiah dia ok"

Itulah diantara jwpn2 yg diberi jika ditanya tntg sbb kwn2 ana nak smbung bljr kat tmpat

yg dorang target...

tapi bagi ana.. jwpn2 seperti yg di atas tidak salah slps kita niatkan  tujuan sebenarnya kita

mengucapkan jwpn2 yg sebegitu..

Pernahkah anda jwb begini.

"Aku nak sambung bljr kat mna2 je asalkan tmpat dan bidang yg aku ambik tu dpt

tmbahkan ilmu dan iman aku supaya boleh bermanfaat sampai akhirat"

pernah tak?.. ana mengaku, ana pun jarang sekali ucapkan ayat sebegitu kpd kwn2 mahupun

kepada diri sendiri.

Betulkan niat. Jelaskan matlamat. apa matlamat kita sbagai seorang HAMBA??

"tidaklah aku menciptakan jin dan manusia melainkan mengabdikan diri kpdku"

Jelas bukan? Setiap gerak langkah yg kita lakukan mestilah berpandukan niat..

walaupun ketika menonton televisyen, niatkan dulu..

"harap dgn tengok rancangan ni dpt menambahkan cintaku kepadaNya"

dgn itu, barulah haluan hidup kita takkan terpesong.

yg pasti... " jika kamu ambil akhirat, dunia akan dtg kpdmu,, jika kamu mengambil dunia,

akhirat akan meninggalkanmu"

maksud pada ayat ini adalah bukan kita semua wajib ambik bidang agama bila nak further

bljr.. ambik usuluddin, ambik syariah.. bukan begitu...

ada org yg ambik bidang syariah tak tutup aurat, jadi peguam syariah ambik rasuah...

jgn asyik tgok org yg amik bidang selain agama je yg tak ok...

tapi bila niat dah lari.... semua tak berkat..

kalau niat hanya nak pergi mesir.. kita dpt yg tu je lah, ilmu yg bermanfaat belum tentu lagi.

kalau niat nak bljr kat sekolah yg terbaik, yg tu je la kita dpt, tapi nak menjamin kita

jadi seorang pelajar yg bertaqwa, belum tentu lagi...

Ana bagi contoh, Pakar Mata, Dr. Muhaya.. dia merawat pesakit smbil mengingatkan

pesakit itu kpd yg menyembuhkannya, iaitu allah... Doktor seperti inilah yg Islam nak..

tak ambik bidang agama, tapi... ilmu dia setamding dgn yg ambik usuluddin..

Sebenarnya, byk diantara kita yg tersilap paham.. akhirat tu hanya dlm bidang agama je..

kan semua ilmu yg bermanfaat utk manusia dlm dunia ni adalah ilmu Allah..

Ilmu Allah pastinya yg terbaik, yg pling penting, yg diredhai...

bukan tgok kpd bidang apa yg diambik, tetapi lihat kpd sejauh mana ia memberi kesan kpd

kehidupan dunia dan yg paling penting.. negeri akhirat..

sbb tu anda jgn berasa pelik.. hafiz dan hafizah lebih kurang sama dgn budak2 muda yg

merokok, berdating.. anda tau sbb apa kan?

ilmu yg ada tidak dimanfaatkan, malah menjadi bala kpd mereka sendiri meskipun ilmu

yg dipelajari itu adalah ilmu agama... anda paham skrg??

apapun, niat kita mesti jelas.. untuk iman kita, untuk islam kita... dan semuanya...

adalah untukmu, Ilahi..

Sbb tu, pengalaman ana... masa habis exam PMR, ana tak sabar2 nak keluar sekolah..

nak pindah kat Maahad Muhammadi, Kelantan dgn alasan kat sekolah yg ana bljr tu tak

best, cikgu tak ok, kwn2 tak ok.. mcm2 lagilah..

tapi bila dah keluar result.. keputusan yg ana dpt tak melayakkan ana untuk masuk maahad

tu, 7A, 2B.. jadi,, ana frustla seminggu..

Jadi, form 4 dan form 5 ana "terpaksalah" bljr kat sekolah tu lagi..

rupa-rupanya... Allah dah sediakn mcm2 untuk ana ketika smbung semula di sekolah tu..

ana dpt jwtn tertinggi dlm exco asrama.. dan pada masa yg sama ilmu dan iman ana

dpt ditingkatkan.. alhamdulillah..

sbb tu, bila kita nak target apa2 tmpat bljr pun, tak salah.. tapi niat tu.. krn tmpat ke, kerana

ilmu?? kerana iman?? kerana Allah?? tu kena check balik..

barulah bila kita tak dpt apa yg diimpikan, kita tak kecewa.. sbb niat kita btul..

kat mna2 Allah tempatkan tu, mesti yg terbaik walaupun bukan dlm pilihan hati kita

sbb.. matlamat kita jelas,,,, bljr krn Allah...

so.. tak kiralah bidang apa yg nak diambik.. setiap drpd kita Allah bagi kecenderungan yg

berlainan.. yg pasti.. bermanfaat kpd IMAN, ISLAM dan AKHIRAT..

jgn tgok agama tu kat bidang agama je... dan bidang selain agama tu semua tak ok...

Sbb ilmu Allah yg bermanfaat ni luas sgt.. buka hati, buka minda...

Agama ni adalah setiap apa yg Allah wujudkan di atas muka bumi ni selagi ianya brmanfaat.

Semuanya jika diniatkan krn Allah.. tak kiralah ianya fardhu ain ke, fardhu kifayah ke,

pasti dpt jadi hujah kita kat padang mahsyar kelak...

Jgn silap faham tentang ilmu ni... sebab agama dan sains, agama dan politik, agama dan

undang2, tidak boleh dipisahkan!!!

Wallahu a"lam..

sehingga bertemu lagi di penulisan akan dtg....

Betulkan niat dgn jelas, ikhlas dgn harapan allah akan menunjukkan kita jln yg lurus..

Salam ukhuwah dari hamba yg hina, Mujahid Abdullah...


1 comment:

  1. Prof. Dr. Muhaya :"jangan mengejar cita-cita tapi kejarlah manfaat"...

    ReplyDelete