Pages

Monday 12 March 2012

Berusahalah. Al-Hakim sedang menilai kita.

Ubatilah nafsu yg sedang sakit dgn iman sebelum tubuh balik kpd tmpat asalnya...

Nafsu.

Setiap daripada kita mempunyai virus ini di dalam tubuh dan darah masing2.

Virus yg membuatkan kita merasa susah untuk beribadah apatah lagi untuk berubah menjadi lebih baik..

Penyakit yg merebak di dalam tubuh membuatkan kita merasa payah untuk melakukan kebaikan.

Penyakit yg membuatkan seorang ayah menanam anaknya hidup2.

Membuatkan perlakuan zina bukan menjadi perkara pelik dalam masyarakat.

Membuatkan Namrud melupakan penciptanya.

Membuatkan arak dan daging babi dijamah oleh org Islam tanpa rasa malu.

Semua perlakuan  ini buruk dilakukan krn menularnya penyakit ini di dalam diri.

Tapi kita sering melihat  perkara besar sahaja disebabkan oleh penyakit ini.. Tetapi jarang sedar bahawa.. sekecil2 kesalahan pun didorong oleh virus ini juga, seperti-

Memarahi dan memukul adik kecil krn menconteng buku latihan kita.

Menonton rancangan televisyen yg tidak berfaedah ditambah lagi dgn pelakon yg tidak menutup aurat.


Merasa malas untuk bangun awal subuh.

Cukuplah contoh itu untuk diukur dalam kehidupan kita.

Semuanya angkara nafsu dan godaan syaitan yg direjam di dalam api neraka.

Betapa susahnya untuk menjadi penghuni syurga Firdaus, tingkatan syuraga yg tertinggi..

Allah memberitahu kita dalam surah al- mukminun..

Ciri-ciri manusia yg akan menjadi penghuni syurga firdaus..
1- Khusyuk dalam solat
2- meninggalkan perkara tidak berfaedah
3- menjaga waktu solat

Susah kan untuk memenuhi syarat tersebut??

Susah dan menyusahkan..

Tapi adakah kita lupa bahawa itulah tujuan kita diciptakan? Iaitu memenuhi kehendak Pencipta dan meninggalkan laranganNya??

Mengapa kita harus merasa susah dan fikir ia menyusahkan? Jawapannya sama, krn NAFSU...

Bagaimana untuk mentarbiah nafsu ini menjadi nafsu yg baik, yg sejahtera, yg soleh??

Jalan penyelesainnya adalah IMAN.

Iman membuatkan kita sanggup membuat apa sahaja untuk Dia.

Membuatkan Nabi Ibrahim sanggup mengelar leher anaknya, Nabi Ismail.

Membuatkan Siti Hajar yg sdg mengandung sanggup ditinggalkan bersendrian oleh suaminya di padang pasir .

Membuatkan Rabiatul Adawiyah tidak berhenti sembahyang sehingga tidak mahu berkahwin krn takut tumpuannya kpd Allah akan berkuarang.

Membuatkan Saidina Ali menggantikan tmpat tidur nabi pada malam nabi dirancang untuk dibunuh di rumahnya.

Iman juga membuatkan Saidina Abu Bakar menahan kesakitan walaupun dipatuk binatang berbisa ktika sdg menemani Nabi di dlm gua.

Membuatkan Nabi Muhammad sanggup meninggalkan kepentingan dirinya untuk kita.

Kita?

Adakah begitu susah untuk membuatkan allah mencintai kita?

Membuatkan Nabi Muhammad berbangga dgn umatnya?

Adakah kita hanya perlu menyalahkan takdir dan merungut perkara2 yg disyariatkan Allah menyusahkan kehidupan?

Merungut dan menyalahkan takdir bukan jawapan seorang manusia yg mengucap dua kalimah syahadah jika dia tidak dpt menjadi hamba yg baik di sisi Allah s.w.t

Sebenarnya, kita adalah hamba yg tidak sedar diri dan melampaui batas.

Adakah hidup yg rosak akan dibiarkan begitu sahaja tanpa apa2 tindakan?

Tidak jika iman menjadi raja di dalam hidup kita.

Tidak jika nafsu berjaya ditundukkan oleh amalan soleh kita.

Tidak jika hidup ini penuh dgn IMAN dan NaFSU yg menunjukkan jalan kearah redhaNya.


Tetapi.. ana tahu yg nak mendidik nafsu itu sgt susah. Iman di dalam hati pun tak lah setebal kulit telur lagi.. nak didik nafsu??

Hmm... kdg2 ia berakhir dgn keluhan.. Tapi adakah kita lupa yg..

"wahai hambaku, jgnlah berputus asa drpd rahmat kasih sayangku, krn hanya org kafir shj yg berputus asa dri rahmatku"

Dia memberi kita semangat supaya jgn berhnti berusaha untuk berubah menjadi yg lebih baik. Dia membandingkan org yg tidak berusaha sama seperti org kafir ataupun org yg tidak percaya pada Allah subhanahu wa taala.

Nauzubillah. Jgnlah kita termasuk dalam golongan yg disebutkan Allah itu.

Nafsu ini perlu ditarbiah perlahan-lahan. Berubah peringkat demi peringkat. Di samping itu, Iman kita juga akan dpt ditinkatkan kualitinya sedikit demi sedikit.

Kesimpulannya di sini, susah mcm mnapun.. jgn berhenti berusaha untuk menjadi hamba Al- Hakim yg soleh.. setiap usaha itu walaupun hanya tidak menjamah makanan yg syubhah.. pasti akan dinilai ganjarannya oleh Allah!!

Yg baik itu datang drpd Allah

Yg buruk itu drpd diri ana sendiri walaupun pada hakikatnya semuanya drpd Dia...

Hanyalah Allah sebab untuk kita hidup dan sebab untuk kita mati.

2 comments: