Pages

Saturday 24 March 2012

Hidup untuk AkhiraT

Ana mulakan dengan kalimah agung, Bismillahirrahmanirrahim...




Anda mungkin pernah berkata seperti ini, ataupun pernah mendengarnya drpd mulut kwn2 disekeliling..

"Awak nak jadi apa bila besar nanti?"

"Lepas ni nak sambung course apa?"

"Awak nak kerja apa nanti?"

Maka, banyaklah jawapan2 yg diberi..

"Aku nak jadi doktor pakar bedah satu hari nanti"

"Cita-cita aku nak jadi pilot"

"Kalau nak jadi cikgu mcm mne ye?"


Malah, ayat2 seperti itu sudah mampu dituturkan sejak dari bangku sekolah rendah lagi..

Itulah cita-cita, impian ataupun matlamat. Sesuatu yg hendak setiap drpd kita realisasikan dan dicapai di dalam hidup masing2.

Dan setiap matlamat dan impian itu, kita atur, kita rancang, kita susun, diusahakan hinggalah menjadi,

- Seorang profesor sebuah universiti
- seorang usahawan yg berjaya
- seorang tokoh ilmuwan yg dikenali ramai

Apa yg diusahakan itu, pasti akan mendapat hasilnya..

Tetapi itu dalam pandangan dunia, mcm mna pula dalam pandangan akhirat? pernahkah antum berfikir soal ini?

Kadang2 kita juga perlu bertanya soalan seperti ini..

"Awak nak capai apa kat akhirat nanti?"

"Awak nak bawa masuk apa dalam kubur untuk teman awak?"

"Awak dah sedia bekal untuk kehidupan akhirat?"

Jawapannya?? Kadang2 tidaklah selancar jawapan untuk cita2 dunia tadi.

Matlamat yang sebenar...

"apakah matlamat yg hendak dicapai di akhirat nanti? Adakah akan bahagia mcm mna yg diperoleh di dunia?"

Jawapannya, belum tentu lagi.

Jikalau seorang jutawan meninggalkan salah satu waktu solat,
Jikalau seorang pensyarah mendustakan ayat2 allah,
Jikalau seorang usahawan sering menipu urusan jual belinya, meskipun
seorang tukang cuci memakan gaji buta..

adakah dia berjaya mencapai matlamat akhiratnya? Sudah tentu tidak.

Mengapa jadi seperti itu? Kerana dia tidak mempunyai matlamat yg jelas dan sebenar. Hidup tidak mempunyai tujuan dan arah hidup.

Firman Allah di dalam surah An-Naml ayat 4
" Barang siapa menghendaki kehidupan dunia, Kami segerakan baginya di dunia ini. Kemudian Kami sediakan baginya neraka Jahannam di akhirat."

Manusia yg tidak mempunyai matlamat akhirat, hidupnya tidak akan diredhai oleh Allah. Nauzubillah.

Ana yg sudah diberi kehidupan selama 18 tahun ni pun.. tak tau baru brp saat ana mengucapkan syukur kpd allah melalui lisan apatah lagi perbuatan.

Panduan dah ada di tepi diri, namun untuk meluangkan masa meneliti jarang sekali. Lebih banyak membuang masa dan menonton tv. Semoga tabiat ini akan diatasi dari hari ke hari. InsyaAllah..

Kita orang Islam, kita mesti bermatlamat hingga akhirat.. Macam mna?

Jalani kehidupan dunia dgn penuh taat dengan perintah Allah dan meninggalkan segala larangannya. Jika semua umat Islam mempunyai kedua-dua matlamat ini, akan lahirlah.

- Seorang usahawan yg memastikan pekerjanya menutup aurat
- Seorang jutawan yg sanggup  mendermakan hartanya untuk Islam

Sebab apa? Mereka sedang berusaha untuk matlamat dunia dan akhirat mereka. Mereka hidup untuk akhirat.

Seorang muslim yg mempunyai matlamat dunia dan akhirat tidak akan membazirkan masanya.. mereka akan pastikan saat yg dilalui itu akan menjadi harta yg bernilai di akhirat.

Inilah ummat yg Nabi Muhammad mahu. Ummat yg berpandangan jauh. Sebab itu agama kita lain drpd yg lain. Islam adalah agama yg paling tinggi dan tidak ada agama yg lebih tinggi selain drpd Islam.

Apa tunggu lagi? Kita sudah tidak mempunyai masa sebenarnya.. Masa ketika ibu bapa, anak2, harta kekayaan tidak mampu menolong kita untuk menyelamatkan diri dri api neraka.

Maka untuk mencapai sesuatu matlamat, ia perlu disusun, dirancang, diatur dengan rapi..
Macam mna? ikutlah panduan Al-Quran dan Hadis. Patuh arahanya, junjung syariatnya.
Jadilah hamba dan ummat yg diredhai Allah dan dibanggakan oleh Nabi tercinta.

Anda tahu mengapa Nabi Muhammad kekasih Allah menunaikan solat sehingga bengkak kaki2 baginda?
Mengapa Rabiatul Adawiyah sanggup tidak tidur semata-mata untuk menunaikan solat?
Mengapa Imam Syafie yg tinggi ilmunya masih sanggup berguru dgn Imam Malik?
Mengapa Saidina Abu Bakar memberi semua hartanya untuk perjuangan islam?

Jwapannya, di dalam firman Allah, surah Al -Isra' ayat 19
" Dan barang siapa menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan bersungguh-sungguh sedangkan dia beriman, maka mereka itulah orang yg usahanya dibalas dengan baik"

Kerana mereka yakin dan pasti adanya kehidupan akhirat dan berusaha menanam amal di dunia untuk dituai di akhirat kelak.

Maka Allah memberi mereka pahala di dunia dan pahala di akhirat. Dan Allah mencintai org2 yg membuat kebaikan.
Kesimpulannya, kehidupan dunia menentukan tempat kita di akhirat. Jikalau senang di dunia, tidak semestinya akhirat juga begitu. Jika susah di dunia, tidak semestinya susah di akhirat. Semua amalan yg dikerjakan pasti akan dihisab oleh Al-Hakim kelak.

Penulis juga berharap diri ini bukan hanya pandai menulis dan berkata-kata, ana juga ingin berubah, berubah menjadi manusia yg sentiasa memastikan saat yg dilalui mempunyai matlamat dunia dan akhirat. Berkata mmg mudah. tapi untuk diterjemahkan di dalam kehidupan seharian? Apakah kamu berkata kamu beriman sebelum datangnya ujian kpdmu?

Itulah ujian. Dugaan yg perlu dihadapi. Masalah yg perlu diselesaikan. Kerana selagi hayat masing dikandung badan, selagi itulah jgn berhenti mencari keredhaan Ilahi, dgn menjadi hambanya yg bermatlamat tinggi.

Bermatlamatlah hingga akhirat. Kehidupan yang abadi.

Yang  Hina, Mujahid Abdullah.

No comments:

Post a Comment