Pages

Monday 12 March 2012

Jangan Lupa Janji Kita.

Janji Kita Ke Syurga Bersama

Bismillahirrahmanirrahim..

Kali ni ana juga ingin berkongsi sesuatu berkenaan persahabatan.

Maklumlah, baru keluar era sekolah menengah kan.. Wajah kawan2 selalu hadir di dalam fikiran ni. Sebak rasanya. Ana harap sahabat2 yg membaca apa yg ana tulis ni merasakan hal yg sama.

Pernah satu hari tu, seorang sahabat mengadu kat ana yg dia rasa tak kuat bila tak bersama kwn2  rapat sekolah. Dia rasa dia lebih ingat Allah bila pandang wajah2 kwn2 yg lain berbanding duduk di rumah dan berjauhan dgn kwn2.

Sebenarnya, bukan dia saja, ana pun rasa mcm tu jugak.  Rasa lebih kuat nak buat amalan bila ada dorongan drpd kwan2 kan? Rasa best dan senang bila buat sama2..

Berbanding dgn kat rumah. Rasa malas nak buat kebaikan. Sifat ni kena buang cpt2, kalau tak... makin merebak pulak.


Sebenarnya, sahabat yg soleh adalah anugerah dan wadah dari allah untuk kita gunakan supaya boleh mendekatkan lagi diri kita kpdNya..

Dan... sahabat yg soleh tu bukan berhubung melalui pandangan mata dan bersua muka... TETAPI, berhubung melalui rabithah hati..

Sebab itu kita digalakkan membaca doa rabthah sambil membayangkan wajah2 sahabat..

" Ya Allah,
Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta padaMu,
telah berjumpa dalam taat padaMu,
telah bersatu dalam dakwah padaMu,
telah berpadu dalam membela syari’atMu.
Kukuhkanlah, ya Allah, ikatannya.
Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati ini dengan nur cahayaMu yang tiada pernah pudar.
Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepadaMu dan
keindahan bertawakkal kepadaMu.
Nyalakanlah hati kami dengan berma’rifat padaMu.
Matikanlah kami dalam syahid di jalanMu.''

Begitu indah sekali maksud doa ini. melambangkan betapa hati2 org2 beriman ni mmg tak boleh berpisah. Ikatan hati yg tidak boleh diputuskan walaupun kematian menjadi titik noktahnya. Persahabatan sejati yg tidak akan berakhir buat selamanya.

Ana ckp kpd sahabat ana tu..

" kan kita dah janji tak nak berpisah, akan istiqomah dgn amalan walaupun berjauhan. Tiap2 pagi dan petang kita janji dlm doa rabithah.."

Kelihatan dia berfikir dan mengiyakan kata2 ana tu. Ana pun susah nak berjauhan dgn sahabat2 yg soleh.

Tapi kita kan buat semua amalan krn Allah.. Allah sentiasa dekat dgn kita berbanding kwn2 kita... Jadi apa2 pun ana pun try istiqomah apa yg ana buat kat skolah dulu..

Ana pun ada ckp kat dia..

"Sebenarnya kwn2 kita kat palestin rasa lebih rindu kat kita tau.. Rindu walaupun tak pernah jumpe. Macam tu jugak Nabi rindu kat umat baginda. Itulah sinergi ukuwwah islamiyah."

 Hebat kan jalinan cinta yg merentasi ruang dan masa.

Hati org beriman ni Allah jaga. Allah ikat wlaupun tak pernah jumpa. Even tak tau nama. Asalkan ada satu akidah yg sama.. InsyaAllah akanditempatkan di tempat yg sama jugak - Syurga-

Sebab tu, semua sahabat muslim adalah sahabat sejati kita. Setiap drpd mereka ada amanah kita.

Sahabat2 pelestin sdg berusaha habis-habisan untuk Islam. Kita pun kena usaha jugak.. walaupun hanya berusaha tinggalkan perkara lagho yg kebanyakannya diperkenalkan oleh yahudi dan nasoro.

Ingat janji kita. Bersahabat sampai syurga. Jangan berhenti doakan kebaikan untuk sahabat. Mendoakan supaya Allah takkan pisahkan kita kat akhirat krn kejahilan kita. Kerana kedengkian kita.

 Kalau ana.. ana selalu pandang bintang2 kat langit.. Rasa damai sgt.. Tambah2 kalau time tu tgh rindu sgt kat sahabat2 sekolah.. Ana rasa mcm tgh tgok muka sorang2 kat langit tu.. Banyaknya bintang tu menggambarkan ramainya kwn2 yg tgh igt kat ana.. yg menyebabkan kita rasa... tak bersendirian.

Ana berharap sahabat di negeri palestin pun merasa hal yg sama.

Rasa kita dekat dgn mereka. Rasa kita pun ingat mereka. Rasa kita pun mendoakan kesejahteraan mereka.... sampai bertemu di dalam taman2 syurga Insya Allah.. Aminn..

Akhirul kalam... sahabat adalah kekuatan kita. Kelemahan kita ditampung oleh mereka. Selagi yg namanya adalah muslim.. setiap drpd kita adalah seperti bangunan yg tersusun kukuh. Saling menyokong antara satu sama lain.

Jangan lupa janji kita. Bersahabat sampai syurga walaupun kematian menjadi titik noktah dlm hidup yg sementara ini..

Salam ukhuwah dan persahabatan dri ana... Mujahid Abdullah

No comments:

Post a Comment