Pages

Sunday 11 March 2012

Pada mereka ada amanah kita.

Mereka tanggungjawab kita....

Hari ni, seawal jam 7.15 pagi, ana bersiap-siap untuk ke tempat latihan kereta.

Sementara menunggu keputusan peperiksaan diumumkan, ana mengisi masa ini untuk
mempelajari benda2 basic yg diperlukan untuk hidup ataupun dlm kata lain untuk beribadah..

Antaranya ialah mendapatkan lesen kereta.. Sementara masa masih lapang ni, baik ambik peluang ni cpt2  sebelum  datangnya  msa sibuk nnti.

Hari tu ada lebih kurang 4 org pelajar yg lain mengikuti latihan. Ana adalah org pertama memulakan latihan. Lebih kurang pukul 8.oo pagi, ana mula bawa kereta atas jalan raya bersama pengajar hinggalah jam 9.00 pagi.

Sementara menunggu pelajar2 yg lain melakukan latihan sebelum pulang ke rumah, ana mengisi masa itu untuk membaca dan menghafaz Al- Qura'n.

Selepas beberapa minit berlalu.. kelihatan seorang remaja berseluar pendek, memakai t-shirt berlambangkan 'skull' berjalan menuju ke arahku. Tidak kusangka, dia menghenyakkan punggungnya di tepiku walaupun kerusi2 yg lain masih kelihatan kosong.

Serta merta ana menoleh ke arahnya sambil tersenyum.

'Hai, ambik lesen kereta ke?' sapa dia terlebih dahulu.

"err.. ya, ambik lesen kereta. Awak pun?' tanyaku kembali.

Setelah itu, ana dan dia semakin rancak bersembang. Pasal sekolahla, pasal resultla, pasal lesenla.. mcm dah lama kenal pulak rasanya. Tapi yg lawaknya, sampai mcmtu sekalipun ana masih tak tau nama dia. hehe..

Macam biasa, dialah yang menanyakan namaku terlebih dahulu. Setelah memberitahu nama masing2, dia mengajakku makan di kedai di tempat latihan tersebut.

Apa lagi, ana terus setujulah. Apa taknye.. perut ni dari pagi tadi belum terisi. Ana pun nak tergelak juga part ni. Dia tolong order air kat ana, ambikkan sudu dan garfu kat ana, cuma satu je yg dia tak buat- BELANJA ANA... hehe.. mengade lak..

' Sebenarnya, saya pun nak jadi mcm awak.. tahu baca quran, rasa tenang dan seronok bila tengok awak.. saya teringin nak berubah.. mcm awak'..

' Idham, jgn kata awak nak berubah mcm saya. Awak tengok saya mcm ni, belum tentu saya ni baik, saya ni soleh. Tapi berubahlah mcm yg Nabi dan Allah suruh...'

Dia bersemangat menyatakan keinginannya untuk berubah menjadi muslim yg soleh. Dia menceritakan bahawa dia pun takut kwn2nya akan mengata dia kalau dia berubah.

Ana pula tak berhenti dan menasihati di samping membakar semangatnya untuk berubah.

"Saya pun takut nak tegur org mcm awak, saya takut awak tak suka ataupun tak nak kawan dgn saya"

Ana rasa bersalah sekali apabila dia berkata sebegitu. bersalah krn rupa-rupanya org mcm Idham ni perlukan org utk dibimbing. Ana pula.. selalu buat tak tahu sahaja dgn org mcm mereka ini.

Lihatlah tadi.. bukan ana yg menegur dahulu, tapi dia. Dia yg berseluar pendek. Nampaknya dia lebih baik dari saya. Saling bertegur sapa, mcm yg Nabi Muhammad ajar.. Tak tahu nak ckp malunya masa tu. Malu kat nabi, malu kat Allah. Org mcm dia lebih memahami peraturan pergaulan dlm Islam.

Ya, tidak diragukan lagi, sesetangah dari manusia yg mendakwa dirinya Daie di luar sana sering memandang rendah kpd golongan2 yg belum dibukakan hatinya, seperti golongan yg merokok ataupun mengambil dadah.

Kemudian, sesetengah drpdnya memulaukan golongan seperti ini. Yg kita tahu hanya membebel, merungut dan mencela golongan2 yg sebegini tanpa mendidik dan mentarbiah mereka terlebih dahulu.

Seperti sahabat baru saya tadi, dia menunjukkan akhlak pergaulan yg cukup baik. Lebih baik drpd sesetangah golongan "pak lebai' di luar sana. tapi mcm yg saya katakan tadi, hanya sesetangah, bukan semua.

Dia juga tidak malu untuk memberitahu tentang hidup peribadinya. Ana melihat sinar di dlm matanya untuk berubah. Kejadian hari ini telah membuka mata ana. ana mengaku, ana juga sering bersangka buruk dgn org mcm sahabatku ini.

Tapi kejadian hari ini tlh membuka hatiku utk tidak menjauhkan diri lagi dgn org mcm Idham. Sekali lagi hati ana sgt terharu apabila Idham meminta nombor handphone ana dan meminta ana berjanji akan terus memberinya semangat dan dorongan.

Hari itu berakhir dgn senyuman yg tak lepas2 dari bibir ana ni. Rasa seronok, rasa syukur sgt dpt kenal dgn Idham. Ana berazam untuk mendekati golongan sebegini. Rupa-rupanya mereka perlukan kita, perlukan nasihat dan bimbingan.

Dan jangan terkejut yg.. mereka sebenarnya lebih baik drpd kita.
Di sini ana berdoa agar ana dan dia dpt ditempatkan di tempat yg sama dia akhirat iaitu - Golongan Kanan.. Amin.

Wallahu a'lam.. Pengalaman mengajar bagaimana mengendalikan kehidupan...





No comments:

Post a Comment