Pages

Sunday 25 March 2012

Jangan Mengejar Cita-Cita, Kejarlah Manfaat



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W. ,keluarga serta sahabat baginda.
Keputusan SPM telah diumumkan pada tarikh keramat 21 Mac 2012.
Macamana kawan2? Adakah anda berpuas hati terhadap keputusan anda? Atau sebaliknya?

Rasulullah SAW bersabda: “Sungguh ajaib keadaan orang beriman, sesungguhnya semua urusan mereka berada dalam keadaan baik. Dan tiada yang memperolehi keadaan ini melainkan orang yang beriman sahaja. Sekiranya dia dianugerahkan sesuatu, dia bersyukur. Maka jadilah anugerah itu baik untuknya. Sekiranya dia ditimpa musibah, dia bersabar. Maka jadilah musibah itu baik untuknya” Hadith riwayat Muslim.


Bagi yang berjaya dengan cemerlang tahniah diucapkan. Dan bagi yang kurang berjaya, perjuangan anda tidak terhenti di sini. Malah, ia merupakan suatu permulaan bagi anda kerana ketahuilah bahawasanya kejayaan itu bermula dengan kegagalan. Bangun daripada tempat terjatuh itu adalah yang terbaik pada masa ini. Jangan kecewa kerana itu akan memadamkan ketentuan Allah yang akan memberikan kejayaan pada kita suatu masa nanti di dunia mahupun di akhirat.

Berbalik pada tajuk post kali ini. Pastinya ada dalam kalangan kawan2 yg pernah mendengar ungkapan ini. Gugusan ungkapan yang diucapkan oleh salah seorang daripada idola ana, Prof. Dr. Muhaya Mohamad.

Sebagai insan biasa, pastinya semua orang memiliki cita-cita dan impian tersendiri.  Namun, bagaimana kita mahu memastikan bahawa pilihan kita itu adalah pilihan yg terbaik seiring dengan keredhaan Allah? Tidak semestinya pelajar2 yg memilih untuk meneruskan pengajian dalam bidang agama sahaja yang akan diredhai Allah. Bahkan, kita dapat melihat dan mengkaji kebesaran dan keagungan Allah dalam apa jua bidang yang dipilih. Syaratnya? Celikkan mata, celikkan hati, bukalah minda. 


Misalannya, dalam bidang perubatan, seseorang itu akan bertambah imannya sekiranya dia dapat menyelidiki betapa agungnya serta hebatnya Allah yg mampu mencipta sekecil-kecil sel yang terdapat  dalam tubuh badan manusia dan hanya mampu dilihat menerusi mikroskop. Tidak cukup dengan itu, rasa kehambaan terhadap Allah juga akan tercetus apabila kita menyedari betapa terbatasnya keupayaan manusia dalam melakukan sesuatu perkara. Malangnya, masih ramai yg buta serta gagal membongkar keindahan ini dek kerana kabur oleh cita2 yang  membawa keuntungan pada masa hadapan serta sanjungan oleh insan sekeliling.

Bukan itu yg sepatutnya diharapkan. Bukan itu sikap seseorang  yg diberi gelaran MUSLIM dan MUKMIN. Bukan itu sikap seorang hamba yg mendambakan keredhaan Tuhannya. Namun, hamba yg sebenar ialah mereka yg sentiasa menyedari hakikat kewujudan Tuhan dalam segenap perkara dalam hidup mereka. Belajar kerana Allah. Makan kerana Allah. Tidur kerana Allah. Hidup dan mati hanyalah kerana Allah yg Maha Esa. Kerana Allah yg menetapkan permulaan kita dan Allah jualah yg mengetahui kesudahan kita.

Oleh itu, sahabat sekalian, marilah sama2 kita padukan semangat untuk meneruskan perjuangan di bumi Allah sehingga sampai masa yg telah dinyatakan di dalam kalam Allah. Apa jua landasan yg anda lalui, kita berada pada satu fikrah, satu biah yg sama.

Jika dahulu para mujahid dan mujahidah Islam berjuang bermati-matian mempertahankan agama kita yg suci. Apa salahnya kita menyambung perjuangan mereka mengikut rentak kita sendiri namun matlamatnya tetap satu ; hanya kerana Allah. Kejayaan kita kelak merupakan kejayaan umat Islam. Biar terlopong mulut musuh2 Islam, biar terbeliak mata mereka dek kerana kehebatan umat Islam yg mampu berjaya dalam apa jua bidang. Semoga kejayaan kita suatu masa nanti menjadi tiket untuk menuju syurga ar-Rahman yg abadi. ALLAHUAKBAR!

1 comment:

  1. Terima kasih atas nasihat yg diberi. Semoga kita tergolong dalam golongan muslim dan mukmin sejati!!

    ReplyDelete