![]() |
| Janji Kita Ke Syurga Bersama |
Bismillahirrahmanirrahim..Kali ni ana juga ingin berkongsi sesuatu berkenaan persahabatan.
Maklumlah, baru keluar era sekolah menengah kan.. Wajah kawan2 selalu hadir di dalam fikiran ni. Sebak rasanya. Ana harap sahabat2 yg membaca apa yg ana tulis ni merasakan hal yg sama.
Pernah satu hari tu, seorang sahabat mengadu kat ana yg dia rasa tak kuat bila tak bersama kwn2 rapat sekolah. Dia rasa dia lebih ingat Allah bila pandang wajah2 kwn2 yg lain berbanding duduk di rumah dan berjauhan dgn kwn2.
Sebenarnya, bukan dia saja, ana pun rasa mcm tu jugak. Rasa lebih kuat nak buat amalan bila ada dorongan drpd kwan2 kan? Rasa best dan senang bila buat sama2..
Berbanding dgn kat rumah. Rasa malas nak buat kebaikan. Sifat ni kena buang cpt2, kalau tak... makin merebak pulak.

